Monday, February 20, 2017

Di Mana Anak-Anak Kita Sekarang?

Teringat kami 30 tahun dulu

Seawal jam 6.30 petang anak-anak dah dikerah untuk pulang kerumah. Balik lewat sikit, siaplah. Kalau tak rotan, tali pinggang atau hanger mesti hinggap berbirat kat kaki

+ Pukul 7 dah wajib siap mandi, lepastu makan dan bersiap-siap untuk solat dan mengaji atau ke surau. Balik mengaji atau surau jangan harap nak melencong mana-mana tanpa pengetahuan mak ayah.

+ Anak-anak cukup takut dengan didikan ibu bapa mereka,

Mengapa?

+ Sebab dulu-dulu rotan, tali pinggang, hanger, paip semua mainan mak ayah je buat anak-anak mereka yang nakal

+ Ibu bapa dulu-dulu cukup tegas. Tegas mereka terdidik buat anak-anak ketika mereka masih kecil lagi. Bukan dah besar baru nak bertegas dan rotan.

Mengapa sekarang tak boleh bertegas dengan anak-anak?.

+ Pukul 7 pun masih dipadang
+ Pukul 8 malam masih ada di Cyber Cafe.
+ Pukul 10 malam pun kadang-kadang keluar
+ Di kawasan taman perumahan pula anak-anak kecil masih bermain basikal di hadapan rumah di jalan raya.

Sayang tidak semestinya memberikan kebebasan pada anak-anak. Rotan dan marah itu juga tanda sayang.

Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak. Kebebasan itu bagus, tetapi ketegasan itu perlu ada. Pantaulah anak-anak anda setiap masa.

Bak kata Sultan Johor, "Biarkan anak-anak menangis, jangan kita menangis.."

Sekarang..Cuba lihat jam. Dan cuba lihat dimana anak anda sekarang?...

Ini Sebagai Peringatan Untuk Diri Saya Sendiri Dan Semua Sahabat...



"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"